29.12.08

27.12.08

Mama...cuba buat sup makaroni pulak..!!

disebabkan saya suka tengok cerita Rona Roni Makaroni (astro Ria) ..... adik nak mama buatkan sebab adik suka makan masa b'day kak shafiqah hari tuh..ok tak mama.


SUP MAKARONI

Bahan

200 gm macaroni [rebus sehingga lembut dan toskan]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji kentang [potong dadu]
1 batang carrot [potong kecil]
sedikit kobis [potong kecil]
1 pokok daun sup [racikkan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
1 s/b lada hitam [tumbukkan]
bawang goreng
air secukupnnya
minyak
garam

Bahan tumis
2 ulas bawang putih [hiris]
3 ulass bawang merah [hiris]
2 cm halia [hiris]
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

hirisan ciliapi + jus limau

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan ladahitam. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan air, garam kentang dan carrot. Biarkan mendideh.
4. Bila sudah masak hidangkan dengan macaroni dan daun sup, daun abwang dan juga bawang goreng.
5. Jika nak pedas tambahkan cili hiris dan perahan limau.


----> tapi mama tukarkan ayam kpd daging...lagi sedap...!!

22.12.08

Gelagat Ku



Koleksi gambar yang dikirim oleh Mak Teh....thanx Mak Teh!!!

21.12.08

My Sweet Little Kittens

Saya sedang pegang Syusyu...!!! Dia lahir pada hari Sabtu (20 Dis 2008) pagi...surprise....!!!!!

Ini Sweet ngan baby-2 dia..tengah nenen...ala sedapnyer....

Ini Milo anak pertama yg lahir pada hari Rabu (17 Dis 2008) malam.....yg kedua mati selepas dilahirkan warna putih mcm Syusyu....

Syusyu tengah nenen..alah-2 busyuk-2!!!

Back To School



Kesukaan Ku



SPAGETTI BOLOGNESE

bahan-bahan

1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.
Ini ialah sepupu saya yang paling rapat sekali. Nama dia Muhammad Irfan Nabil Hakim. Handsome tak dia?..Dia sebaya dengan saya. He's a good boy!! Smart too.